Cari @ Amanz

Xiaomi Black Shark adalah telefon pintar yang memfokuskan permua. Ia juga antara jenama pertama sebuah telefon pintar yang menyertakan sekali alat kawalan. Kini, dalam tahun yang sama juga – Black Shark 2 telah kedengaran.

Markah tanda aras Black Shark 2 yang muncul di Geekbench ini memperlihatkan markah multi-teras sebanyak 8389 dan markah satu-teras 2403. Sebelum ini, di Geekbench juga markah Black Shark adalah 8329. Ini hanya sedikit naik taraf dari sebelum ini. Berkemungkinan sekali prestasi yang meningkat ini adalah kerana sistem penyejukan atau pengoptimasian perisian.

Xiaomi Black Shark 2 dikatakan akan hadir dengan Snapdragon 845 dan 8GB RAM. Selain daripada itu ia turut akan hadir dengan sistem RGB dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd