Cari @ Amanz

Selain membawa masuk telefon pintar, Huawei Malaysia juga mengesahkan yang mana mereka akan membawa masuk peranti boleh-pakai mereka yang terbaru, iaitu Huawei Watch GT dan juga Huawei TalkBand B5.

Huawei Watch GT

Huawei Watch GT merupakan jam tangan pintar terbaru Huawei yang hadir dengan skrin AMOLED 1.39-inci, sokongan GPS terbina, dan sensor pengimbas nadi. Ia menggunakan sistem operasi tersendiri, menawarkan ketahanan bateri sehingga 14 hari. Pengguna turut boleh menghubungkan ia bersama telefon pintar, sekaligus menyemak notifikasi dan sebagainya terus pada jam tangan pintar.

Huawei TalkBand B5 pula merupakan gelang-tangan pintar yang boleh ditanggalkan dan turut digunakan sebagai fon telinga.

Huawei Watch GT akan ditawarkan pada harga RM999, selain Huawei TalkBand B5 pada harga RM699. Kedua-duanya akan ditawarkan di Malaysia bermula 27 Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd