Carian
Peranti Huawei Kini Boleh Menyahkunci Bootloader – Tetapi Dengan Bayaran Lebih Dari RM228
October 17, 2018 Fahim Zahar

Pada bulan Ogos lepas, Huawei mula menghalang peranti daripada diboot jika peranti tersebut sudah root menggunakan sistem Magisk. Selain itu, untuk pengetahuan semua – peranti Huawei sejak tahun lepas sudah tidak boleh dinyahkunci bootloadernya. Jadi ia menjadi masalah untuk peranti-peranti baru.

Kini, usah khuatir pengguna peranti Huawei sudah boleh menyahkunci bootloader peranti mereka untuk tujuan pembangunan atau lain-lain. Untuk menyahkunci bootloader pengguna perlu mempunyai kod akses dan kod akses ini perlu dibeli dengan tanda harga $55 iaitu sekitar RM228.30 melalui pembangun terkenal FunkyHuawei. Bukan itu sahaja, selepas membuat pembayaran – pengguna juga perlu menunggu selama 14 hari untuk menerima kod.

Ini mungkin akan menjadi masalah untuk pengguna biasa dan tidak menjadi masalah kepada pembangun yang serius. Dari sini, kita boleh lihat kehebatan Pocophone F1 yang hanya perlu menunggu tiga hari dan tiada caj dikenakan.

Komen