Cari @ Amanz

Huawei MateBook X Pro Dengan Webcam Boleh Disembunyikan Berharga Bermula RM4999 Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada peranti mudah-alih, Huawei Malaysia turut mengesahkan akan menawarkan komputer riba berkuasa tinggi mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MateBook X Pro.

Huawei MateBook X Pro

MateBook X Pro hadir dengan skrin 13.9-inci dengan resolusi 3000×2000 pixel, menawarkan rekaan nirbingkai, dijana cip pemprosesan sehingga Intel Core i7-8850U, dijana GeForce MX150, dan memori sehingga 16GB. Huawei turut mengatakan ia hadir dengan pilihan storan sehingga 512GB SSD, selain bateri bertahan selama 12 jam lamanya.

Menariknya mengenai komputer riba ini adalah kamera web yang boleh disembunyikkan pada papan kekunci. Ia turut hadir dengan USB-C dan juga USB-A.

Di Malaysia, Huawei MateBook X Pro ditawarkan pada harga RM4999 untuk versi Intel Core-i5, selain model Core-i7 ditawarkan pada harga RM6999.

Huawei MateBook X Pro

Selain daripada model MateBook X Pro, Huawei juga mengesahkan mereka akan menawarkan variasi komputer riba mampu-milik untuk pengguna tempatan, iaitu MateBook D. Komputer riba ini hadir dengan rekaan skrin berbingkai nipis, dijana cip Intel Core gen-8, selain turut menawarkan masa bertahan bateri selama 12 jam lamanya ketika melayari web. Huawei MateBook D ini pula ditawarkan pada harga RM2999 untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua komputer riba ini boleh didapati di Malaysia bermula 27 Oktober 2018 ini.


Komen ()