Cari @ Amanz

Apple telah memperlihatkan harga jualan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan secara rasminya semalam. Seperti ramai sedia maklum, pra-tempahan akan dimulakan 19 Oktober ini, dan hari ini pihak Apple mengesahkan yang mana ketiga-tiga telefon pintar terbaru ini akan ditawarkan di Malaysia bermula 26 Oktober ini.

iPhone XS merupakan model premium yang hadir dengan spesifikasi terkini, skrin OLED, dwi-kamera belakang dan pelbagai ciri-ciri premium. Sementara iPhone XS Max pula hadir dengan skrin lebih besar berbanding XS.

Berikut merupakan harga jualan iPhone XS di Malaysia:

iPhone XS 64GB – RM4999

iPhone XS 256GB – RM5699

iPhone XS 512GB – RM6649

Berikut pula adalah harga jualan iPhone XS Max di Malaysia:

iPhone XS Max 64GB – RM5399
iPhone XS Max 256GB – RM6099

iPhone XS Max 512GB – RM7049

iPhone XR Malaysia

Apple iPhone XR pula merupakan model variasi pada harga lebih rendah tetapi mengekalkan ciri-ciri premium dari segi spesifikasi dan sebagainya. Berbeza dengan versi iPhone XS, ia hanya hadir dengan panel LCD, selain dilengkapi satu kamera belakang sahaja. Di Malaysia, tiga variasi iPhone XR akan ditawarkan, iaitu 64GB, 128GB dan juga 256GB. Berikut merupakan harga jualan iPhone XR di Malaysia:
iPhone XR 64GB – RM3599
iPhone XR 128GB – RM3849
iPhone XR 256GB – RM4299

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk ketiga-tiga peranti ini bermula 19 Oktober ini, atau mendapatkannya terus di kedai pengedar rasmi Apple bermula 26 Oktober 2018 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd