Carian
Xiaomi Mi Mix 3 Disahkan Bakal Menyertakan Memori Sehingga 10GB RAM
October 17, 2018 Aman

Xiaomi hari ini selain mengesahkan yang mana peranti baru mereka bakal hadir dengan sokongan kelajuan 5G, mereka juga kini mengatakan yang mana Mi Mix 3 bakal menyertakan memori sehingga 10GB RAM.

Xiaomi Mi Mix 3

Dengan ini, ia sekaligus akan menjadikan Mi Mix 3 sebagai peranti pertama yang dipasarkan dengan memori sebanyak 10GB RAM. Sebelum ini, peranti Oppo telah melalui pengesahan dengan memori 10GB RAM, tetapi ia dilihat seperti Oppo masih belum bersedia untuk memasarkannya kepada umum, atau mengumumkannya secara rasmi.

Dengan penawaran memori sehingga 10GB RAM, kita juga akan dapat melihat penawaran pelbagai spesifikasi tinggi turut hadir pada telefon pintar terbaru Xiaomi ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan lain yang akan dibawakan oleh Xiaomi dalam tempoh 8 hari lagi.

Komen