Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka telah memulakan ujian beta untuk EMUI 9, sekaligus membolehkan pengguna peranti Honor 10, Honor View 10 dan juga Honor Play untuk mendaftar, serta mencubanya sebelum pengguna-pengguna lain.
Melalui EMUI 9, ia turut hadir berasaskan Android 9.0 Pie. Selain pembaharuan yang disertakan pada Android Pie seperti sokongan pembelajaran mesin untuk mengoptimasikan penggunaan bateri dan pencahayaan skrin, kawalan penggunaan peranti, serta lain-lain; pihak Honor sendiri turut menyertakan beberapa pembaharuan melaluinya.
Honor mengatakan kini antaramuka dikemaskini dan dipermudahkan – sekaligus menjadikan halaman tetapan untuk pengguna kini lebih mudah difahami. Selain itu, antaramuka juga kini dikemaskini dengan rekaan lebih konsisten berbanding sebelum ini. Honor turut menambah sokongan gesture pada EMUI 9.0 untuk memudahkan navigasi.
Bagi anda yang menggunakan Honor 10, Honor View 10 dan juga Honor Play, anda boleh mendaftar untuk mencuba versi beta EMUI 9, sekaligus menjadi antara yang terawal menguji ciri-ciri baru yang dibawakan melaluinya.
- Cuba : EMUI 9.0 Beta