Cari @ Amanz

Spotify hari ini telah mengumumkan penawaran aplikasi rasmi mereka kepada sistem operasi memfokuskan peranti boleh-pakai daripada Google, iaitu Wear OS. Dengan penawaran ini, ia sekaligus memudahkan para pengguna jam tangan pintar Wear OS untuk mengawal lagu yang dimainkan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka.

Melaluinya, pengguna boleh mengawal pelbagai lagu, menguatkan audio, dan melakukan beberapa perkara lain. Walaubagaimanapun, pengguna masih memerlukan jam tangan pintar untuk mengoperasikannya.

Spotify turut mengatakan beberapa jam tangan pintar akan hadir dengan aplikasi berkenaan secara terbina – termasuk pada peranti Fossil dan Michael Kors.

Bagi anda yang menggunakan jam tangan pintar berasaskan Wear OS, boleh memuat-turun dan mencubanya hari ini. Apa pun, sama-sama kita berharap agar Spotify giat mengemaskininya dan tidak melupakan aplikasi ini seperti pada Android Wear sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd