Carian
Proton X70 Akan Turut Dilengkapi Sokongan Kawalan Berasaskan Suara – “Hi Proton”
October 18, 2018 Aman

Selain penawaran aplikasi khusus untuk mengawal kenderaan Proton X70, pihak Proton juga turut melengkapkan kereta terbaru mereka ini dengan sokongan kawalan berasaskan suara. Dengannya, pengguna boleh membuat beberapa arahan suara, dan sistem inforia akan menyediakan balasan atau melakukan apa yang anda minta.


Antara kawalan fizikal yang boleh dijayakan menggunakan arahan suara ini adalah termasuk menaik dan menurunkan tingkap, mengawal penghawa dingin, selain mengawal bumbung kenderaan.

Selain daripada itu, pengguna turut boleh membuat beberapa arahan melalui “Hi Proton” ini juga, termasuk mengatakan perkataan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, mengatakan “I am hungry” akan mengaktifkan peta untuk dituju ke kedai makan terdekat.

Buat masa ini, “Hi Proton” hanya disokong dalam bahasa Inggeris sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada sokongan bahasa Malaysia akan ditambah ataupun tidak.

Komen