Pada sistem operasi Windows 10, terdapat sejumlah perisian yang hadir terpasang padanya – yang mana mungkin tidak digunakan anda, dan anda ingin membuangnya. Sehingga kini, terdapat sejumlah aplikasi yang tidak boleh dibuang kerana ia hadir terbina – tetapi perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.
Melalui Windows 10 Preview yang dimulakan ujian minggu ini, Microsoft mengumumkan yang mana mereka akan membolehkan lebih banyak aplikasi hadir terbina dibuang daripada komputer pengguna.
Aplikasi ini termasuklah aplikasi seperti Calendar, Calculator, Mail, Movies & TV, Sticky Notes, Voice Recorder dan banyak lagi.
Microsoft dijangka menawarkan kemaskini baru dengan sokongan ini kepada pengguna umum sekitar April 2019 kelak. Bagi anda yang ingin mencubanya terlebih dahulu, boleh mendaftarkan minat menyertai Windows Insider hari ini.