ZOTAC Memperkenalkan Komputer Desktop Gaming Siri MEK Ultra – Hadir Dengan Spesifikasi Berkuasa Dengan Rekaan Padat

ZOTAC Memperkenalkan Komputer Desktop Gaming Siri MEK Ultra – Hadir Dengan Spesifikasi Berkuasa Dengan Rekaan Padat

Diterbitkan pada Okt 18, 2018 oleh .

Komputer desktop padat dengan spesifikasi berkuasa semakin popular di kalangan peminat pembina PC dan mereka yang gemar bermain permainan komputer, dan baru-baru ini, ZOTAC, syarikat yang terkenal untuk komponen komputer dan peranti mereka memperkenalkan komputer padat terbaru mereka, ZOTAC MEK Ultra.

Komputer ZOTAC MEK Ultra ini dilengkapi dengan CPU siri Intel generasi kelapan, memori DDR4 32GB dan juga storan SSD PCIe M.2 bersaiz 512GB dan cakera keras sebesar 4TB.

Mereka yang berminat untuk membeli komputer ini juga diberi pilihan untuk menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 20XX, bergantung kepada bajet mereka untuk komputer ini.

Menguasakan komputer ini ialah bongkah kuasa dengan kapasiti 1000W yang hadir dengan piawaian emas yang cukup berkuasa untuk sebarang kemaskini komponen yang mungkin diperkenalkan di masa hadapan.

Dari segi penyejukan komponen pula, ZOTAC menggunakan penyejuk CPU cecair untuk menyejukkan komponen CPU untuk memastikan bahawa pengguna boleh melewah jam komponen tersebut tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, ZOTAC masih belum mengumumkan lagi tarikh pelancaran, mahupun tanda harga komputer ini.


TIPS & ULASAN