Cari @ Amanz

Huawei Mate 20 X ialah peranti yang dilancarkan khusus untuk peminat permua. Mereka tidak mahu ketinggalan menghasilkan peranti untuk permua kerana ia antara pasaran yang kini semakin popular di kalangan pengguna. Fungsi menarik lain yang diperkenalkan ialah sokongan stylus M-Pen.

Menurut pihak Huawei di dalam temubual bersama kami semalam. stylus M-Pen ini hanya akan disokong pada Mate 20 X sahaja. Pada waktu yang sama ia memerlukan bateri untuk beroperasi. Bagi yang mungkin tertanya-tanya mengapa ia tidak tersimpan pada tubuh seperti Note 9, ia adalah kerana paten simpanan dalam tubuh ini dipegang oleh Samsung.

Oleh sebab itu dengan setiap pembelian Mate 20 X di Malaysia, pengguna akan menerima kerangka folio yang mempunyai tempat simpanannya tersendiri. Jadi bagi yang memerlukan sokongan stylus pada peranti Huawei, Mate 20 X ialah satu-satunya pilihan yang diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd