Cari @ Amanz

Sony telah sedia menawarkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact sebelum ini. Kini, lanjutan daripadanya, Sony hari ini secara rasminya mengumumkan peranti-peranti yang akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie ini.

Sony Xperia Pie

Menurut Sony, dalam beberapa minggu akan datang, telefon pintar Xperia XZ Premium, XZ1 dan juga XZ1 Compact akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie. Lanjutan daripadanya, Xperia XZ2 Premium pula dijangka akan menerima kemaskini sama bermula 7 November.

Untuk peranti lain seperti Xperia XA2, XA2 Ultra dan XA2 Plus dijangka akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie ini bermula 4 Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd