Cari @ Amanz

Vertu kini kembali semula dalam arena telefon pintar, dimana hari ini mereka telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar menyasarkan para bangsawan, iaitu Vertu Aster P. Vertu Aster P dilancarkan di China buat masa ini, dimana ia hadir dengan spesifikasi pertengahan, tetapi menyertakan rekaan yang agak premium bersama dengannya.

Vertu Aster P

Vertu Aster P menggunakan skrin 4.97-inci dengan paparan 1080p, dijana cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menyertakan bateri 3200mAh yang dilengkapi sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0.

Telefon pintar ini menggunakan kamera belakang 12-megapixel, selain turut dilengkapi kamera swafoto 20-megapixel. Telefon pintar ini hadir menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Vertu Aster P

Vertu seperti biasa menyertakan sokongan bantuan rencam dengan hanya menekan satu butang fizikal pada bahagian tepi – sekaligus menghubungkan anda dengan perkhidmatan bagi membuat perancangan penerbangan, percutian, tempat makanan dan sebagainya.

Vertu Aster P

Vertu juga menawarkan rekaan premium mereka bersama-sama dengannya yang menjadikan ia kelihatan sedikit berbeza berbanding beberapa peranti lain dipasaran hari ini. Untuk sekuriti tambahan, ia turut hadir dengan teknologi penyulitan V Talk yang mengelak pencuri atau pengguna lain untuk mengakses info dalam peranti berkenaan.

Di China, Vertu Aster P ini ditawarkan pada harga bermula RMB35,800 iaitu sekitar RM21,470.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd