Semalam telah kami laporkan di mana, Google Pixel 3 XL menggunakan skrin OLED daripada Samsung. Ia diketahui selepas pasukan iFixit membuka peranti tersebut. Hari ini, giliran Pixel 3 pula – selepas membuka peranti ini, mereka mendapati Pixel 3 menggunakan skrin OLED daripada LG iaitu yang sama dengan Pixel 2 XL tahun lepas.
Menjadi tanda tanya ramai adalah, adakah Pixel 3 akan mempunyai masalah skrin seperti yang berlaku pada Pixel 2 XL tahun lepas? Berkemungkinan besar, Google telah mempelajari kesilapan dan telah menambahbaik skrin untuk Pixel generasi baru ini. Selain itu, skrin OLED LG ini juga adalah jenis yang baru dan mempunyai banyak penambahbaikan.
Sayang sekali, markah untuk membaiki ini peranti ini juga adalah sama iaitu 4/10. Di mana ia boleh dikatakan adalah sukar untuk dibaiki. Jika Pixel 3 XL sudah ditabalkan sebagai peranti dengan skrin terbaik, adalah Pixel 3 juga mampu?