Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mula menghantar jemputan media, untuk sebuah acara yang dijadualkan pada 30 Oktober ini. Apple tidak mengatakan apakah yang bakal diperlihatkan pada acara berkenaan, tetapi mengikut pelbagai spekulasi, Apple dijangka melancarkan iPad dan MacBook baru.

Apple 30 Oktober

Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple dikatakan bakal hadir dengan model iPad Pro baru dengan rekaan nirbingkai tanpa butang Home fizikal, selain turut menyertakan sokongan Face ID bersama-sama dengannya. Desas-desus sebelum ini turut mengatakan Apple mungkin menggunakan port USB-C padanya menggantikan Lightning – sekaligus memudahkan pengguna menghubungkannya bersama panel paparan lain.

Untuk MacBook pula, ia dikatakan Apple mungkin hadir dengan model baru menggunakan paparan Retina pada harga lebih kompetitif, sekaligus menjadi pengganti MacBook Air.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 30 Oktober 2018 ini (waktu Malaysia 31 Oktober) untuk melihat sendiri kejutan yang dibawakan oleh Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd