Cari @ Amanz

Xiaomi sebelum ini telah hadir dengan beberapa gambar acah untuk peranti akan datang mereka, iaitu Mi Mix 3. Hari ini, pengeluar dari China berkenaan turut hadir dengan sebuah video acah – sekaligus memperlihatkan dengan lebih dekat rekaan boleh-luncur peranti berkenaan.

Xiaomi Mi Mix 3

Dengan rekaan boleh-luncur, ia menawarkan penggunaan skrin sepenuhnya dihadapan tanpa sebarang takuk, sementara kamera dan beberapa komponen lain diletakkan pada bahagian kerangka belakang.

Berbeza dengan Oppo Find X yang beroperasi secara mekanikal, pada Mi Mix 3, bahagian belakang boleh digerakkan sendiri oleh pengguna dengan mudah.

Xiaomi juga telah sedia mengatakan yang mana telefon pintar ini akan menawarkan spesifikasi tinggi, termasuk memori sehingga 10GB RAM.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi melalui telefon pintar terbaru mereka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd