Cari @ Amanz

Selepas banyak aplikasi dan perkhidmatan Google yang antaramukanya dikemaskini kepada Material Design baharu – kini giliran aplikasi mengambil nota Keep Notes pula. Aplikasi ini kini mempunyai rekaan yang selari dengan banyak aplikasi Google lain dan rekaan Android Pie. Kemudian ia turut menggunakan font Google Sans.

Jika anda gemar akan rekaan baru yang cantik lagi kemas ini, Google sudah pun mula mengedarkan kemaskini ini secara meluas. Buka Google Play Store untuk muat turun dan/atau mengemaskini aplikasi ini.

Sebelum ini, Google telah menjenamakan semula aplikasi ini daripada Google Keep atau Keep kepada Keep Notes. Selepas ini aplikasi apa pula dari Google yang akan menerima kemaskini sebegini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd