Ubuntu 18.10 Cosmic Cuttlefish Kini Boleh Dimuat-Turun

Ubuntu 18.10 Cosmic Cuttlefish Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 19, 2018 oleh .

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux yang popular dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Hari ini, pembangunnya telah pun melancarkan sistem operasi sumber terbuka yang terbaru berkenaan, iaitu Ubuntu 18.10 Cosmic Cuttlefish.

Ubuntu 18.10 menyertakan sejumlah perisian baru bersama-sama dengannya, selain turut dilengkapi tema baru dinamakan Yaru. Antara perisian baru yang disertakan adalah termasuk Firefox 63, LibreOffice 6.1.2, dan menggunakan antaramuka desktop terbaru GNOME 3.30.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun sistem operasi terbaru secara percuma, dan mencubanya sendiri pada komputer anda. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan berhati-hati kerana terdapat beberapa laporan mengatakan sistem fail menghadapi masalah sekiranya memasang Cosmic disamping Cosmic dalam satu komputer sama.

Muat-Turun Ubuntu Linux


TIPS & ULASAN