Kerajaan dilihat sedang melihat kepada beberapa kaedah untuk terus mempertingkatkan pendapatan negara, dan salah satunya adalah dengan melihat kepada arena ekonomi e-dagang dan perkongsian yang semakin popular secara atas-talian akhir-akhir ini.
Mengikut laporan kajian separuh penggal untuk Rancangan Malaysia Ke 11, kerajaan dilihat sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan cukai untuk e-dagang dan ekonomi berbentuk perkongsian (seperti Grab, Airbnb dan sebagainya).
Buat masa ini, ia hanya sekadar pertimbangan awal sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diimplementasikan.
Seperti semua sedia maklum, arena internet merupakan salah satu platform sahaja, dan semua perniagaan masih tertakluk untuk percukaian – seperti dilakukan pada perniagaan lain sebelum ini yang tidak menggunakan arena internet.