Carian
Dell Melancarkan Siri Laptop Inspiron Baru Untuk Tugasan Pejabat Dan Kegunaan Riadah
October 19, 2018 Nazrin

Dell ialah sebuah jenama yang terkenal di seluruh dunia untuk komputer desktop dan komputer riba mereka. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan dua siri komputer riba siri Dell Inspiron 5000 dan 7000 untuk pasaran tempatan.

Bermula dengan siri laptop Dell Inspiron 7000, Dell memperkenalkan laptop Dell Inspiron 13 7380, yang dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5-8265U ataupun Intel Core i7-8565U, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD PCIe sehingga 512GB.

Di dalam siri Inspiron 7000 ini, Dell turut memperkenalkan model laptop 2-dalam-1 dimana paparannya boleh dipusing untuk bertukar menjadi tablet. Satu lagi perbezaan ketara diantara kedua-dua laptop ini ialah model laptop hadir dengan paparan 13 inci dengan resolusi Full HD sahaja, manakala model 2-dalam-1 diberi pilihan untuk hadir dengan paparan beresolusi 4K.

Siri laptop Dell Inspiron 14 5000 pula ialah laptop kegunaan rumah yang hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan laptop siri Inspiron 13, termasuklah pilihan CPU sehingga Intel Core i7-8565U, memori DDR4 sehingga 8GB, Dari segi storan, laptop ini mempunyai gabungan storan SSD 128GB dan cakera keras sebesar 1TB.

Laptop ini turut dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 yang boleh digunakan untuk bermain permainan komputer ringkas.

Sama seperti model Inspiron 13 7000 sebelum ini juga, siri laptop Inspiron 14 5000 ini juga hadir dengan model 2-dalam-1 yang boleh digunakan sebagai sebuah tablet.

Kesemua laptop-laptop ini sudahpun tiba di pasaran Malaysia dan boleh dibeli melalui laman web Dell Malaysia ataupun rangkaian kedai penjual laptop dan komputer di Malaysia.

Tanda harga permulaan untuk peranti-peranti Dell Inspiron 13 7000 dan Dell Inspiron 14 5000 adalah seperti berikut:

Komen