Carian
Pelanggan Celcom Menghadapi Gangguan Membuat Panggilan Suara
October 19, 2018 Aman

Celcom hari ini mengumumkan yang mana para pelanggan prabayar dan pascabayar mereka mungkin menghadapi masalah untuk membuat panggilan suara. Masalah ini dikatakan hanya melibatkan sesetengah kawasan sahaja buat masa ini.

Gangguan ini dilihat hanya melibatkan panggilan suara sahaja, sementara perkhidmatan data masih tidak terganggu. Celcom mengatakan pengguna boleh menggunakan alternatif sebagai panggilan suara melalui WhatsApp untuk sementara waktu ini.

Celcom menyasarkan untuk mengatasi masalah gangguan suara ini menjelang pukul 8 malam ini, 19 Oktober 2018.

Komen