Selain daripada pelanggan Celcom, pihak Telekom Malaysia turut mengumumkan yang mana pelanggan Unifi Mobile turut akan mengalami gangguan panggilan suara di kawasan tanpa 4G.
Hal ini adalah kerana Unifi Mobile turut menumpang talian Celcom dikawasan tanpa 4G di seluruh negara. Walaubagaimanapun, kerana perkhidmatan internet tidak terganggu, maka pengguna masih boleh berkomunikasi melalui panggilan suara menggunakan aplikasi seperti WhatsApp, Skype dan sebagainya.
Celcom sebelum ini telah mengatakan gangguan ini akan diatasi menjelang pukul 6 petang ini. Dengan pengumuman terbaru daripada Telekom Malaysia, ia memperlihatkan bukan sahaja pelanggan Celcom terganggu, tetapi juga perkhidmatan yang menumpang talian perkhidmatan Celcom.
https://twitter.com/helpmeunifi/status/1053194681108971520