Pra-tempahan Untuk Huawei Matebook X Pro Dan Matebook D Mula Dibuka Hari Ini

Pra-tempahan Untuk Huawei Matebook X Pro Dan Matebook D Mula Dibuka Hari Ini

Diterbitkan pada Okt 19, 2018 oleh .

Huawei telah memperkenalkan beberapa peranti yang cukup menarik di London pada minggu ini, termasuklah siri peranti pintar Huawei Mate 20 dan juga laptop Huawei Matebook X Pro dan Huawei Matebook D.

Huawei Malaysia nampaknya telah membuka pra-tempahan untuk kedua-dua laptop mereka pada hari ini di kedai atas talian mereka sendiri.

Huawei Matebook X Pro hadir dengan CPU Intel Core i5 generasi kelapan, pilihan memori DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD PCIe sehingga 512GB, manakala Huawei Matebook D dilengkapi CPU Intel Core i5 generasi kelapan, memori sebanyak 8GB dan storan SSD sebesar 256GB.

Huawei Matebook X Pro hadir dengan rekaan warna Space Grey, manakala Huawei Matebook D pula boleh dibeli dalam rekaan warna Mystic Silver.

Tanda harga laptop Huawei Matebook X Pro dan Huawei Matebook D adalah seperti berikut:


TIPS & ULASAN