Cari @ Amanz

Seperti yang semua sudah sedia maklum, OnePlus 6T akan menggunakan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. OnePlus memanggilnya ‘Screen Unlock‘. Tetapi, menurut laporan – sensor yang OnePlus gunakan adalah jenis optikal yang sudah lapuk dan bukan ukltrasonik yang lebih efisyen.

Kesemua fungsi dan ciri yang jelas, OnePlus akan umumkan pada 30 Oktober kelak. Tetapi, disebabkan tarikh tersebut tertindih dengan pelancaran produk Apple terbaru – OnePlus mempercepatkan tarikh pelancarannya kepada 29 Oktober. Isu ini sedikit kecoh dan menjadikan beberapa pihak media marah. Tidak lupa juga kepada peminat OnePlus yang sudah membeli tiket pelancaran dan menempah tiket atau penginapan untuk 30 Oktober.

Ada juga segelintir media memuji OnePlus ini adalah langkah yang bijak. Tetapi apa-apa pun bagi mereka yang meminati produk OnePlus pasti tidak akan sabar nantikan pelancaran OnePlus 6T. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd