Carian
Samsung Memperlihatkan Pelbagai Jenis Sensor Dalam Skrin Untuk Peranti Bebas Takuk
October 20, 2018 Fahim Zahar

Banyak pengeluar peranti sekarang meneruskan trend dengan menggunakan rekaan skrin bertakuk. Tetapi jenama seperti Samsung atau Sony masih tidak mengikuti trend ini. Terbaru, Samsung telah memperlihatkan sensor terbina dalam skrin – termasuk pembesar suara dan kamera. Jadi dengan sensor ini, tiada takuk diperlukan dan Samsung berkemungkinan besar tidak akan menggunakan takuk.

Sensor unik Samsung ini telah diperlihatkan oleh Samsung Display dalam acara ‘AMOLED Forum‘ yang dihadiri oleh 20 orang terpilih di China. Antara sensor yang diperlihatkan adalah pengimbas cap jari dalam skrin, teknologi suara dalam skrin, sensor sesentuh sensitif dan juga sensor kamera terbina.

Dengan teknologi ini, skrin peranti Samsung kelak akan menjadi lutsinar apabila sensor-sensor ini aktif dan digunakan dan juga akan kembali kepada keadaan biasa jika tidak digunakan. Kelak di masa hadapan kita mungkin akan lihat peranti Samsung hadir tanpa bingkai, rekaan luncur dan juga tanpa takuk.

Komen