Honor Watch Turut Bakal Diperkenalkan Bersama-sama Honor Magic 2

Honor Watch Turut Bakal Diperkenalkan Bersama-sama Honor Magic 2

Diterbitkan pada Okt 20, 2018 oleh .

Honor WatchPihak Honor telah sedia menjadualkan penghujung bulan ini untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor Magic 2. Bersama-sama dengan pengenalan telefon pintar berkenaan, Honor kini dilihat turut akan memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, dinamakan Honor Watch.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang akan dibawakan oleh Honor Watch ini. Tetapi, seperti beberapa produk Honor sebelum ini, kita mungkin melihat Honor Watch membawakan penawaran lebih kurang seperti jam tangan pintar terbaru Huawei, iaitu Huawei Watch GT.

Kita mungkin akan melihat jam tangan pintar ini menggunakan sistem operasinya tersendiri, boleh dihubungkan bersama telefon pintar untuk mengakses notifikasi, selain penawaran bateri lama sehingga 14 hari lamanya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 31 Oktober ini untuk melihat apakah kejutan yang akan disediakan Honor melalui Honor Watch ini.


TIPS & ULASAN