Xiaomi Mi Mix 3 Akan Menyertakan Dwi-Kamera 24-Megapixel Di Hadapan

Xiaomi Mi Mix 3 Akan Menyertakan Dwi-Kamera 24-Megapixel Di Hadapan

Diterbitkan pada Okt 21, 2018 oleh .

Xiaomi telah sedia memperlihatkan gambar acah Mi Mix 3 sebelum ini, memperlihatkan ia membawakan rekaan kerangka yang boleh diluncurkan. Langkah ini sekaligus membolehkan Xiaomi hadir dengan rekaan skrin menyeluruh dihadapan tanpa keperluan sebarang takuk, kerana ia boleh disembunyikan pada bahagian belakang skrin.

Xiaomi Mi Mix 24MP

Terkini, melalui gambar acah terbaru, Xiaomi mengesahkan yang mana telefon pintar Mi Mix 3 ini turut akan menyertakan dwi-kamera dihadapan. Melengkapkannya ia juga adalah sokongan pencahayaan lampu, sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar swafoto dengan jelas pada pelbagai keadaan cahaya berbeza.

Dengan penawaran ini juga, ia dilihat selain rekaan peranti, memori sehingga 10GB RAM, Xiaomi turut memfokuskan ciri swafoto pada telefon pintar ini.

Mi Mix 3 akan dipasarkan pada 25 Oktober kelak, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar berspesifikasi tinggi terbaru daripada Xiaomi ini.


TIPS & ULASAN