Cari @ Amanz

Huawei pada minggu lepas telah memperkenalkan sejumlah peranti baru dibawah keluarga Huawei Mate 20 – termasuk buat pertama kalinya ia turut hadir dengan sokongan kad NM untuk memperluaskan storan. Bersama-sama dengannya, pengeluar dari China berkenaan turut telah memperkenalkan beberapa aksesori, dan salah satunya pemacu berstoran 1TB.

Huawei Mate 20 Backup

Pemacu 1TB ini dikenali dengan nama “ST310-S1”, dimana ia ditujukan khusus untuk pengguna siri Mate 20. Melaluinya, pengguna boleh hanya menghubungkan telefon pintar mereka kepadanya menggunakan kabel USB-C, san menariknya ia akan melakukan salinan pendua data dan gambar anda secara automatik dengan pantas.

Selain membuat salinan pendua, ia juga turut boleh mengecas peranti anda. Ini sekaligus memudahkan anda membuat salinan pendua – dimana anda hanya perlu menghubungkan telefon anda untuk mengecas, dan ia akan membuat salinan pendua data anda sebagai langkah berjaga-jaga.

Harga jualan penuhnya masih belum diumumkan oleh Huawei buat masa ini. Ia dilihat hanya ditujukan untuk pasaran China buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd