Cari @ Amanz

Lebih kurang sebulan yang lepas, telah kami laporkan di mana Google sedang menguji fungsi papan kekunci terapung pada aplikasi papan kekunci mereka – Gboard.

Kini, fungsi ini sudah boleh digunakan dan hadir dalam Gboard versi stabil. Dengan fungsi papan kekunci terapung ini, ia akan menjadi kan aplikasi papan kekunci yang lebih fleksibel kepada pengguna dan mempunyai banyak pilihan pengubahsuaian. Selain itu, dengan fungsi papan kekunci terapung ini juga ia turut memudahkan pengguna membuat tugasan menaip pada peranti dengan saiz skrin yang besar.

Menarik dengan fungsi ini adalah, ia turut boleh mengubah saiz dan juga posisinya. Jadi ia adalah terpulang kepada cita rasa pengguna untuk bagaimana menggunakannya. Jika anda ingin mencuba, boleh muat turun kemaskini ini di Google Play Store hari ini.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd