Samsung Mempatenkan Sistem Pengimbas Cap Jari Pada Keseluruhan Skrin

Samsung Mempatenkan Sistem Pengimbas Cap Jari Pada Keseluruhan Skrin

Diterbitkan pada Okt 22, 2018 oleh .

Sistem pengimbas cap jari kali pada skrin pertama kali ditemui pada Vivo X20 UD. Ia kini digunakan secara meluas pada peranti keluaran Oppo, OnePlus dan Huawei. Pengeluar dari China lebih berani menggunakan teknologi yang selama ini dirasakan hanya wujud sebagai fiksyen sains.

Samsung juga dikatakan bakal mengikut trend ini pada Samsung Galaxy S10 tahun hadapan. Terkini mereka telahpun memfailkan sistem pengimbas cap jari dalam skrin yang berfungsi pada keseluruhan skrin. Setakat ini kesemua peranti dengan pengimbas terbina pada skrin yang menyokong imbasan pada sebahagian skrin sahaja.

Sekiranya paten menjadi kenyataan, ia akan memberikan kelebihan kepada Samsung berbanding pengeluar lain yang memberikan saingan yang sengit kepada mereka sejak kebelakangan ini.


TIPS & ULASAN