Cari @ Amanz

Oppo Sekali Lagi Didapati Mengelat Dalam Ujian Penanda Aras

Link Copied!

Markah ujian penanda aras yang tinggi menjadi kayu pengukur kemampuan peranti. Ia kemudian digunakan oleh pengguna bagi melakukan pembelian terutamanya yang kerap menggunakan permua. Penanda aras 3DMark kerap digunakan oleh kami untuk tujuan ini. Tetapi markah yang dicatatkan mungkin tidak memberikan situasi sebenar.

Pihak UL yang membangunkan 3DMark telah mengeluarkan Oppo Find X dan F7 dari senarai markah ujian penanda aras mereka kerana didapati mengelat. Markah yang dicatatkan mencecah 41% lebih tinggi dari sepatutnya. UL mengatakan dua peranti Oppo ini mengesan aplikasi 3DMark dan kemudian meningkatkan kelajuan pemproses bagi mendapatkan markah lebih tinggi. Ini melanggar polisi yang ditetapkan oleh UL.

Oppo walau bagaimanapun bekerjasama dengan UL bagi menyelesaikan masalah ini bagi memastikan markah yang lebih tepat boleh diuji selepas ini bagi kebaikan pengguna. Selain Oppo, Honor juga pernah didapati bersalah mengelat dalam ujian penanda aras sebelum ini.


Komen ()