Komputer riba MacBook baharu hanya hadir dengan sambungan USB-C. Ini membuatkan pengguna perlu mempunyai penyesuai untuk mendapatkan sambungan USB-A. Ini adalah menyukarkan pengguna iPhone, iPad dan Apple Watch untuk melakukan sambungan kerana ketiga-tiga menggunakan kabel pengecas berkepala USB-A.
Bagi pemilik Apple Watch, masalah ini telah diselesaikan kerana Apple mula menjula pengecas dengan kepala USB-C. Ia boleh dimiliki sekarang pada harga RM149 sebuah. Ini ialah harga yang sama dengan pengecas berkepala USB-A yang dijual sebelum ini. Pengecas ini hanya ditawarkan dengan kabel sepanjang 30 cm sahaja setakat ini.