Cari @ Amanz

Dron telah digunakan oleh PDRM bagi memantau perarakan serta bagi mengawal kawasan perumahan ketika musim perayaan. Terkini kerajaan Selangor akan menggunakan dron dan kecerdasan buatan bagi melakukan pemantauan jalan berlubang serta pokok yang perlu dicantas.

Inisiatif oleh SITEC (Selangor Information Technology and E-Commerce Council) ini akan cuba menyelesaikan masalah jalan berlubang di negeri ini. Ia juga diharap dapat mengelakkan masalah pokok tumbang kerana telah terlalu berusia terutamanya ketika musim tengkujuh akhir-akhir ini. Projek rintis akan terlebih dahulu dilakukan bagi melihat sama ada kaedah ini boleh digunakan secara menyeluruh di Selangor.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd