Cari @ Amanz

Kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 boleh dikatakan kad grafik yang tampil dengan ratio harga dan prestasi yang paling berbaloi bagi mereka yang ingin membina komputer dengan tanda harga mampu milik dan masih berkebolehan untuk bermain permainan komputer pada resolusi yang tinggi.

Terkini, NVIDIA dikatakan bakal melancarkan semula kad grafik GTX 1060 mereka, dan ia akan dikemaskini dengan penggunaan memori GDDR5X, berbanding dengan memori GDDR5 yang digunakan sebelum ini.

Ini bukanlah kali pertama NVIDIA mengemaskini kad grafik GTX 1060. Kad grafik ini yang pada awalnya hadir dengan pilihan memori GDDR5 3GB dan 6GB, telah dikemaskini kepada memori dengan kelajuanĀ 9GB/s untuk pasaran China. Dengan kemaskini kepada GDDR5X, kad grafik ini dikatakan akan hadir dengan memori sebanyak 6GB, pada kelajuan 11GB/s.

Buat masa ini, NVIDIA masih belum mengesahkan bilakah mereka akan hadir dengan kad grafik denga memori GDDR5X terbaru ini, tetapi butiran mengenainya sudahpun hadir di laman web NVIDIA.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd