Cari @ Amanz

AEON merupakan salah satu pasaraya terkemuka di Malaysia, dan mempunyai cawangan dipelbagai kawasan di seluruh negara. Terkini, dengan populariti arena dompet digital, AEON turut melancarkan penawaran mereka tersendiri dinamakan AEON Wallet.

AEON Wallet

Menggunakan AEON Wallet, pengguna boleh menghubungkan AEON Credit Card terus ke dompet digital berkenaan, dan seterusnya membuat pembayaran dengan hanya mengimbas kod QR di pasaran AEON.

AEON Wallet

Ini sekaligus memudahkan anda menyemak perbelanjaan dalam bentuk masa-nyata, selain turut memudahkan anda memantau mata ganjaran dan sebagainya dengan mudah.

Bagi anda yang aktif membeli-belah di AEON Stores, AEON Big Hypermarkets, AEON MaxValu Prime dan AEON Wellness, mungkin boleh memuat-turun dompet digital ini dan menggunakannya untuk pembayaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd