Cari @ Amanz

Di acara ASUS ROG Phone hari ini, disamping mengumumkan pra-tempahan untuk peranti tersebut, ASUS Malaysia turut menyatakan bahawa mereka akan menjual aksesori-aksesori yang turut diumumkan bersama-sama peranti tersebut di acara COMPUTEX sebelum ini.

Aksesori yang akan dijual oleh ASUS Malaysia termasuklah ROG Phone Case, ASUS Professional Dock, Gamevice Controller untuk ROG Phone, Mobile Desktop Dock, ROG Suitcase, ASUS WiGig Display Dock dan juga TwinView Dock.

Menurut ASUS Malaysia lagi, kesemua aksesori-aksesori ini boleh dibeli kedai atas talian ASUS Malaysia di Lazada, dan akan mula dijual bermula bulan November kelak.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli aksesori-aksesori ini bersama-sama dengan peranti ASUS ROG Phone, harga-harga adalah seperti berikut:

  • ROG Phone Case – RM199
  • ASUS Professional Dock – RM299
  • Gamevice Controller untuk ROG Phone – RM349
  • Mobile Desktop Dock – RM599
  • ROG Suitcase – RM599
  • ASUS WiGig Display Dock – RM899
  • TwinView Dock – RM999
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd