Xiaomi telah hadir dengan beberapa gambar acah sebelum ini untuk telefon pintar Mi Mix 3 mereka, dan kini melalui video acah terbaru, Xiaomi memperlihatkan telefon pintar akan datang mereka bakal menyokong rakaman video gerak-perlahan 960fps.
Dengan kebolehan ini, ia sekaligus meletakkan Mi Mix 3 sebagai telefon pintar terawal Xiaomi yang menyokong keupayaan rakaman ini. Malah, boleh dikatakan masih terdapat pelbagai pengeluar lain yang masih menyokong kebolehan rakaman video gerak-perlahan 960fps pada peranti mercu mereka setakat ini.
Mengikut info yang telah dikongsikan Xiaomi sebelum ini, kita sedia maklum ia akan menyertakan sokongan internet berkelajuan 5G, memori sehingga 10GB RAM, dan mungkin menjalankan cip Snapdragon 845.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan yang dibawakan oleh Xiaomi melalui Mi Mix 3 ini.
960 frames per second, slow motion video recording. Only 3 days left until launch! ❤️#Xiaomi #MiMIX3 pic.twitter.com/ZRGD5FKrm4
— Donovan Sung (@donovansung) October 22, 2018