Cari @ Amanz

Rekaan komputer riba secara lazimnya adalah membosankan. Tubuh logam dipadankan dengan papan kekunci plastik. Jadi tidak mengejutkan bagi menarik semula minat pengguna di dunia pasca PC. pengeluar komputer mula berani bereksperimentasi dengan bahan binaan baharu. Terkini Samsung Notebook Flash dilancarkan dengan rekaan retro klasik dan kemasan fabrik.

Komputer riba ini dilengkapi skrin 13.3″ HD penuh dan mempunyai papan kekunci yang kelihatan seperti kekunci sebuah mesin taip klasik. Pada bahagian meletak tangan, kemasan fabrik pula digunakan. Kemasan pada bahagian penutup juga bertesktur.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi lengkap selain ia hadir dengan pengimbas cap jari dan menggunakan sistem operasi Windows 10. Buat masa ini Notebook Flash akan hanya dilancarkan di Korea Selatan pada harga 820,000 Won (~RM 3020) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd