Cari @ Amanz

HTC Vive merupakan subsidiari HTC yang memfokuskan kepada peranti realiti-maya. Terkini, HTC Vive telah pun mengumumkan akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya, dimana mereka bakal melancarkan HTC Vive dan Vive Pro untuk pasaran tempatan.

Seperti ramai sedia maklum, melalui sistem realiti-maya yang ditawarkan, ia menawarkan kandungan seperti permainan video, selain boleh digunakan untuk dalam beberapa industri seperti perubatan, senibina dan sebagainya. Malah, ia turut boleh digunakan dalam pendidikan dan memudahkan lagi pembelajaran dalam bentuk interaktif.

HTC Vive menjadualkan tarikh 31 Oktober ini untuk pengenalan rasmi dan mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran produk realiti-maya HTC Vive ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd