Siri Laptop Gaming ASUS TUF FX 505 Dan FX 705 Tiba Di Pasaran Malaysia – Bermula Pada Harga RM3699

Siri Laptop Gaming ASUS TUF FX 505 Dan FX 705 Tiba Di Pasaran Malaysia – Bermula Pada Harga RM3699

Diterbitkan pada Okt 22, 2018 oleh .

Jika anda sedang mencari gaming laptop yang berkuasa pada harga mampu milik, anda mungkin ingin melihat kepada siri laptop gaming ASUS TUF yang baru sahaja diumumkan hari ini.

Dua model laptop ini ialah ASUS TUF FX505 dan ASUS TUF FX705, iaitu laptop bersaiz 15.6 inci dan 17.3 inci yang hadir dengan spesifikasi dalaman yang agak berkuasa.

Kedua-dua laptop ini dikuasakan oleh CPU Intel generasi kelapan sehingga Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 8GB, dan juga gabungan storan SSD sebanyak 128GB dan cakera keras 1TB.

Dari segi pilihan kad grafik, kedua-dua model laptop ini hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050, GTX 1050 Ti dan juga GTX 1060.

Laptop-laptop ini turut hadir dengan rangka polikarbonat yang menerima piawaian MIL-STD-810G yang membuatkannya

Perbezaan yang paling ketara diantara kedua-dua laptop ini termasuklah saiz paparan yang berbeza (15.6 inci untuk FX505 dan 17.3 inci untuk FX705), tetapi kedua-dua paparan in imenggunakan teknologi paparan 0hampir nirbingkai NanoEdge bersama-sama dengan pilihan untuk kadar segar semula 144Hz.

Kedua-dua laptop ASUS TUF FX505 dan FX705 ini boleh dibeli di kedai atas talian Lazada pada harga-harga berikut:

  • ASUS TUF FX505 (NVIDIA GeForce GTX 1050/1050Ti) – Bermula dari RM3699
  • ASUS TUF FX505 (NVIDIA GeForce GTX 1060) – Bermula dari RM4399
  • ASUS TUF FX705 (NVIDIA GeForce GTX 1050Ti) – Bermula dari RM4999
  • ASUS TUF FX705 (NVIDIA GeForce GTX 1060) – Bermula dari RM5299

TIPS & ULASAN