Pada bulan Mac lepas, Vivo telah hadir dengan peranti Vivo V9 dan Vivo Y85. Kedua-dua peranti ini merupakan telefon pintar mampu milik yang menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Baru-baru ini, Vivo dikatakan menawarkan rebat sebanyak RM100 untuk pembelian peranti baru Vivo V9 dan Vivo Y85 dengan membawa bersama-sama peranti lama mereka ke mana-mana kedai konsep Vivo atau pengedar sah Vivo sewaktu pembelian bermula 13 Oktober sehingga 4 November 2018 ini.
Vivo V9 hadir dengan paparan skrin penuh di bahagian hadapan telefon pintar dengan nisbah skrin pada tubuh sebanyak 90%. Peranti ini dilengkapi dengan dwi kamera yang menggabungkan sensor 16-megapixel dan 5-megapixel untuk kamera belakang peranti dan kamera hadapan peranti ini dilengkapi dengan kamera 24 megapixel. Selain itu, Vivo V9 hadir dengan ciri menarik yang terbina untuk peranti iaitu AI Face Beauty dengan sokongan kecerdasan buatan bagi menghasilkan rakaman wajah yang lebih jitu.
Bagi Vivo Y85 pula, ia hadir dengan kamera belakang utama 13-megapixel dan kamera belakang sekunder 2-megapixel yang mampu menangkap gambar seakan bokeh DSLR. Peranti ini turut hadir dengan teknologi PDAF untuk kelajuan pemfokusan yang sangat pantas yang boleh merakam setiap detik dengan kejelasan sempurna. Antara ciri menarik perenati Vivo Y85 ini ialah AI Face Beauty yang dilengkapi dengan kesan peningkatan kecantikkan yang disesuaikan dengan ciri-ciri wajah individu yang boleh mengesan jantina, umur, nada kulit, tekstur kulit dan persekitaran pencahayaan.
Bukan itu sahaja, peranti ini turut terbina dengan Mod Potret yang mana pengguna boleh memilih pelbagai kesan lampu potret untuk menghidupkan setiap hasil gambar. Y85 menggabungkan pelbagai bingkai untuk penghasilan gambar dengan kejelasan 52-megapixel.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Vivo Malaysia atau facebook rasmi Vivo Malaysia.
- Layari: Vivo Malaysia