Cari @ Amanz

Huawei Mengadakan Jerayawara Jualan Mate 20 Pada 27 Oktober – Menawarkan DJI Tello Untuk Pembeli Awal

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei Malaysia kini menjadualkan jerayawara jualan siri Mate 20 pada 27 dan 28 Oktober – iaitu pada penghujung minggu ini, yang mana akan menyaksikan permulaan jualan telefon pintar Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro di Malaysia. Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai antara negara terawal untuk mendapat peranti berkenaan, sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkannya dan menggunakannya.

Huawei Mate 20 Jerayawara

Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik, menggunakan cip berkuasa Kirin 980, memori 6GB RAM, dan dilengkapi tri-kamera belakang yang berkuasa. Huawei Mate 20 berharga RM2799 di Malaysia, sementara Huawei Mate 20 Pro pula berharga RM3599.

Menariknya, bagi pengguna yang membelinya pada jerayawara yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Penang dan Aeon Bandar Dato Onn Johor Bahru, anda turut berpeluang mendapatkan DJI Tello secara percuma dengan pembelian telefon pintar anda.

Selain telefon pintar, Huawei juga akan memulakan jualan komputer riba Huawei MateBook pada tarikh sama.


Komen ()