Samsung Galaxy Note 9 merupakan antara telefon pintar terawal dipasaran yang hadir dengan storan sebesar 512GB dan ditawarkan pada harga sangat kompetitif berbanding beberapa jenama lain. Apatah lagi, menariknya pengguna turut boleh menambah kad mikro-SD sehingga 512GB, sekaligus menjadikan storan keseluruhan peranti mereka mencapai 1TB.
Hal ini sekaligus membolehkan anda memuat-turun pelbagai kandungan media, aplikasi dan permainan tanpa risau untuk memadam kandungan sedia ada pada peranti anda. Pada kebanyakkan telefon hari ini, ia hadir dengan storan terhad – sekaligus memerlukan anda memadam sesuatu aplikasi sekiranya ingin memuat-turun aplikasi baru. Hal ini mungkin lebih merisaukan sekiranya anda ingin memuat-turun permainan yang mencapai storan pada saiz ber”gig”.
Namun, dengan Galaxy Note 9, ia bukan suatu masalah besar. Anda boleh memuat-turun pelbagai aplikasi dan kandungan media, dan menyimpannya pada peranti tanpa perlu risau storan penuh.
Bagi anda yang sering memuat-turun pelbagai fail media dan aplikasi, atau permainan, Galaxy Note 9 semestinya suatu telefon pintar yang menarik buat anda. Di Malaysia, Galaxy Note 9 ditawarkan pada harga RM3699, dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara.
- Layari : Samsung Galaxy Note 9
Ini adalah advertorial daripada Samsung.