Carian
Qualcomm Memperkenalkan Snapdragon 675 Dengan Pengoptimasian Khusus Untuk Permua
October 23, 2018 Aman

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka memfokuskan peranti berspesifikasi pertengahan, iaitu Snapdragon 675. Cip pemprosesan ini dijangka digunakan pada pelbagai peranti diseluruh dunia menjelang awal 2019 kelak.

Melalui cip pemprosesan baru ini, Qualcomm memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk adalah sokongan pengoptimasian khusus untuk permainan video pada peranti mudah-alih, selain sokongan multi-kamera.

Snapdragon 675

Qualcomm mengatakan sejumlah enjin permainan telah dioptimasikan untuk Snapdragon 675, sekaligus menawarkan permainan lancar pada kadar bingkai tinggi melalui peranti yang menggunakan cip pemprosesan ini. Ia sekaligus menawarkan bentuk permainan yang lebih baik pada peranti berspesifikasi pertengahan berbanding sebelum ini.

Disamping itu, melengkapkan cip ini adalah sokongan Qualcomm Spectra 200 yang membolehkan pengguna merakamkan gambar dan video dengan cantik. Cip ini turut menyokong sehingga tiga kamera dihadapan atau belakang, selain sokongan lain seperti nyah-kunci berasaskan wajah dan sebagainya.

Qualcomm turut mengatakan Snapdragon 675 hadir dengan sokongan kecerdasan buatan dalam membantu ketika merakamkan gambar, mempelajari ucapan pengguna, malah turut digunakan untuk pengoptimasian bateri.

Snapdragon 675 hadir dengan sokongan CPU Kyro generasi-k4 dengan kelajuan mencapai 2.0Ghz. Ia turut menyokong modem Snapdragon X12 yang menawarkan kelajuan sehingga 600Mbps bersama dengannya, selain sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4+.

Peranti terawal menggunakan cip ini dijangka hadir ke pasaran pada awal 2019 kelak.

Komen