Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah hadir dengan video acah untuk acara Samsung Developer Conference yang dijadualkan pada awal bulan November ini. Menariknya, pada video acah yang dikongsikan, mereka menggunakan sebuah ikon khusus yang memberikan petanda untuk pengenalan telefon dengan skrin boleh-lipat.

Samsung menggunakan slogan “Where Now Meets Next” pada video berkenaan, dan memperlihatkan ikon seumpama peranti dwi-skrin yang boleh dibuka penuh menjadi sebuah tablet.

Info berkenaan peranti seumpamanya bukan sesuatu yang baru, tetapi telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas. Malah, Samsung sebelum ini telah mengatakan mereka menyasarkan untuk memperkenalkannya sebelum penghujung 2018 ini.

Melalui apa yang diketahui setakat ini, ia dikatakan mungkin membawakan peranti berskrin 7-inci menggunakan panel AMOLED berbentuk fleksibel – sekaligus membolehkan pengguna melipatnya menjadi dua dan mengubah ia menjadi telefon.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan Samsung Developer Conference pada November ini untuk melihat kejutan yang akan dibawakan oleh pengeluar dari Korea Selatan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd