Cari @ Amanz

Apple iPhone XR, XS dan XS Max akan mula dijual di Malaysia pada 26 Oktober. Ia pasti mendapat sambutan menggalakkan dari peminat Apple di Malaysia yang saban tahun menantikan model terkini mereka walaupun harga jualannya kerap kali adalah lebih tinggi berbanding pengeluar lain.

Seperti biasa apabila membeli peranti kos alat ganti juga perlu diambil kira kerana malang tidak berbau dan kerosakan boleh berlaku bila-bila masa. Bagi bakal pemilik iPhone XR, kos menggantikan skrin hadapan dan belakang kini telah diumumkan. Untuk penukaran skrin bayaran yang dikenakan ialah $199 (~RM 828) dan kerosakan lain pula adalah $399 (~RM 1660). Ini masih lagi lebih murah kos menggantikan skrin serta panel belakang iPhone XS, XS Max dan X yang boleh mencecah RM2500.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd