Carian
HyperX Mengatakan Mereka Telah Mengeluarkan 60 Juta Modul Memori Dari 2002 Hingga 2018
October 23, 2018 Nazrin

HyperX ialah jenama cip memori dan storan dibawah syarikat pembuat perkakasan dan aksesori elektronik terkemuka Kingston, dan merekalah nama yang dikenali ramai untuk perkakasan seperti RAM dan juga storan SSD yang biasa digunakan oleh pelbagai jenis pengguna komputer, dari pekerja pejabat sehinggalah ke golongan gamer dan pembina sistem.

Jenama HyperX mula diperkenalkan oleh Kingston pada tahun 2002, dan sehingga tahun 2018, Kingston mengatakan mereka telah mengeluarkan 60 juta modul memori dibawah nama HyperX, dan ini termasuklah memori-memori dari model Predator, Fury dan Impact.

Semenjak tahun 2002, jenama HyperX telah melihat dan melalui banyak kemajuan di dalam teknologi memori, termasuklah peningkatan jumlah memori di dalam satu batang memori daripada 256MB kepada 16GB, peningkatan kelajuan memori dari 333MHz kepada 4133MHz dan penjenamaan daripada DDR1 sehinggalah ke DDR4.

Dalam pada itu, rekaan memori mereka juga telah memperlihatkan perbezaan yang sangat ketara, daripada memori biasa, kepada penggunaan penyejuk besi, sehinggalah penggunaan LED RGB yang digemari oleh pembina komputer sekarang.

Komen