Google Pixelbook Mula Menerima Kemaskini Android Pie Dalam Chrome OS Canary

Google Pixelbook Mula Menerima Kemaskini Android Pie Dalam Chrome OS Canary

Diterbitkan pada Okt 23, 2018 oleh .

Seperti yang semua sedia maklum, Chrome OS yang terkini sudah menyokong aplikasi Android melalui Google Play Store. Kemudian, antaramukanya secara keseluruhan dilihat hampir selari dengan Android 9.0 Pie. Kini, melalui saluran Canary – Chrome OS untuk Google Pixelbook dilihat menerima kemaskini Android 9.0 Pie.

Pasti semua tertanya, bukankah Pixelbook ini menjalankan Chrome OS? Ya, benar. Cuma, pada versi Canary ini – Chrome OSnya adalah sangat selari dengan Android 9.0 Pie dan turut mempunyai Google Camera terbina. Kemaskini ini adalah menggunakan Android 9.0 Pie ARC++ iaitu Android Runtime for Chrome. Selain daripada Google Camera, Google Assistant juga telah dikemaskini menjadi selari dengan apa yang Google bentangkan pada pelancaran Google Pixel Slate beberapa minggu lepas.

Seperti biasa, perkara baru dan unik dalam Chrome OS adalah khusus untuk produk Google sendiri. Jadi, kemaskini ini hanya hadir buat Pixelbook dan belum lagi untuk Chromebook lain. Kemudian, Google Assistant pula sehingga hari ini masih tidak terdapat dalam mana-mana Chromebook lain kecuali Pixelbook.

Dengan kemaskini ini, harapnya Google akan memberi kemaskini ini kepada lebih banyak Chromebook dan bukan hanya kepada Pixelbook.


TIPS & ULASAN