Qualcomm hari ini telah berkongsi perancangan pengenalan cip 5G mereka, selain mengumumkan beberapa rakan kerjasama. Salah satunya, OnePlus, dimana pada waktu sama, pengasas OnePlus, Carl Pei turut berkongsi pentas untuk berkongsi perancangan mereka.
Menurut pihak OnePlus, mereka menyasarkan untuk memperkenalkan telefon 5G pada tahun hadapan – dan menyasarkan untuk menjadi antara yang terawal untuk memperkenalkan peranti 5G.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah OnePlus akan melancarkannya. Namun, sekiranya mengikut latar masa pengenalan peranti mereka, kita mungkin melihatnya sekitar bulan Jun kelak.
.@oneplus to be among the first vendors to launch #5G #smartphone in 2019. – Carl Pei @getpeid #4G5GSummit pic.twitter.com/YGIR6kBgWh
— Ericsson Networks (@EricssonNetwork) October 23, 2018